Rabu, 8 Jun 2011

TEKANAN DARAH RENDAH


Assalamualaikum....saje nak citer pasai tekanan darah rendah nie...sebab dah selalu sangat menghadapinye...tambah teruk bila tengah peknen nie..huhuhu..so meh kita share ilmu k..check it out!!! daaa..^_^v

Tekanan Darah: Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.

Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115     50      = tekanan darah rendah @   85   /  70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                   (rendah)     (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Tekanan darah rendah  boleh disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

v  Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak  5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.

v  Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung,  serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.

v  Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing)  dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.

Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.

v  Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan  jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.

v  Jangkitan yang teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.

v  Tindak balas alahan yang teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.

v  Kurang zat dalam diet anda: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.

Ubat-ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah

v  Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
v  Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
v  Beta-blockers (ubat darah tinggi)
v  Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
v  Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
v  Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)

Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:

v  Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.

v  Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.


Cara-cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

v  Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.

v  Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).

v  Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.

v  Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.

v  Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.

v  Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan untuk Tekanan Darah Rendah

v  Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.

v  Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.

Selasa, 7 Jun 2011

Ade aku kisah!!!..:)

~ Lama bebenor tak menjeguk ruangan ku ini...so kali nie saje nak meluahkan rasa hati..almaklum ler nak ckp depan2 kat mereka2 tue nanti di katakan kita kuang ajor lak..huhuhu..so ruangan nie ler jer tempat tuk aku luahkan selain cik suamiku itu..hehehe..


~Al kisahnye bergini...memang ler aku nie xbelajor tinggi2 melangit..walaupon pada hakikatnye aku memang udah sampai ke tahap itu satu mase dulu..tp ALLAH lebih tahu ape yg terjadi sehingga aku buat keputusan tuk keluar dari sarang impian semua orang ketika itu...xperlu mengeluh sebab aku redha dengan ketentuannye..hehe..cuma kadang2 orang suka memperlekehkan ape yg pernah kita tau hanya kerana aku xabis pon belajar...xpe la..lg pon aku mmg suke sher ape2 jer pengalaman kat org..cuma terpulang pada diorg nak terima atau tak...lg pon aku ngan suami xbrape rapat ngan 'mereka2' itu..hehehe


~Duit oh duit...kat dunia nie macam2 org ade..yg kedekut ade, pemboros ade,pemurah ade..ishh mcm2 la...tp aku bkn ler dalam golongan kedekut tue yer...pemboros pon tak jugak..pemurah pon tengok pada situasi jugak..hehehe..almaklum ler aku nie ada tanggungjawab pada ank2 aku yg sedang membesar skang nie...tambah2 lak xlama lg family aku dah nak bertambah lg sorang nie..TAPI tue la..kadang2 ade je yg xfaham ape yg aku & suami pertahankan..memang betoi berniaga leh buat org kaya..tp bukan kekayaan dunia yg aku cari..tp lebih pada kekayaan akhirat nanti..aku berniaga hanya tuk suka2 & mengisi mase lapang sebagai isteri & ibu yg hanya dok kat umah nie...ada sorang makhuk ALLAH nie ckp "agaknye kalo berniaga betoi dulu..dah boleh kaya dah skarang nie" ishh..ish..ish..macam ler aku dah berniaga berpuluh taun lamanye..setau aku aku betoi2 serius berniaga pada awal 2009..tp mase tue ada masalah teknikal then aku start balik pada pertengahan tahun 2010..maknenye baruuu sangat la kan?? xkan ler leh kaya raya dah..huhuhu..kadang2 kelakar pon ia jugak...puncanye sbb aku xnak ikut diorg gie ke satu tempat...bukan xnak pegi...tp kami ada sebab tersendiri...sekarang keluarga aku sedang di landa dugaan..dugaan kecik jer..alhamdulillah..insya-ALLAH aku ngan suami leh handle..walaupon suami aku mula2 agak stress..tp bg aku dugaan yg ALLAH bg kita harus redha..berdoa semoga segalanya pulih kembali seperti dulu...


~Aku terima ape saja yg diaorg cakap pasai aku...xkisah sbb ape saja yg diorg ckp aku anggap sebagai satu semangat..dari dulu aku tau ape yg aku buat..biarpon kadang2 perkara tue sampai mempertaruhkan hidup aku...bagi aku ALLAH sentiasa ada untuk aku..xperlu org lain sibuk2 ngan ape yg aku nak buat..cuma aku akan buktikan ajer suatu hari nanti...tungguu yer..insya-ALLAH di izinkan ALLAH semuanye akn terbukti nanti...ya-ALLAH aku bermohon pada-MU semoga kau kuatkan hatiku & tabahkan hatiku untuk menerima setiap dugaan yg Engkau berikan..Amin..^_^