Khamis, 8 September 2011

Masa Yang Di Nanti Sudah Tiba!!!

Jeng..jeng..jeng..ini lah masa yg di nanti2kan. Sama ada anda akan bersalin pd minggu 36,37,38,39, atau 40. Topik nie amat penting bg korang tau...nak2 yg br 1st time to be a mom..so jom baca..^_^

Sebagai ibu yg menanti untuk saat melahirkan seharusnya anda bersedia dr pelbagai sudut. Ada beberapa situasi yg perlu anda awasi & fahami sebelum melahirkan. Perkara  di bawah ini adalah tanda2 awal kelahiran:

*Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit lendir & darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba2.
*Cirit birit dan di ikuti dengan memulas pada bahagian perut.
*Sakit belakang yang agak teruk dan tidak menentu.
*Sakit seperti senggugut di bawah perut.
*Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit. Kontraksi berlaku semakin kerap.

Masa Melahirkan

~Tempoh masa melahirkan di bahagikan kepada 3 tahap.Jika bakal ibu belum pernah ada pengalaman bersalin,proses bersalin akan berlaku dalam masa 12 jam hingga 16 jam. Manakala ibu yang sudah berpengalaman hanya mengambil masa kurang 12 jam.

1. Tahap Pertama.

~Tahap pertama proses kelahiran bermula:
Rasa sakit di bahagian belakang akibat aktiviti pengecutan rahim dan pengembangan serviks.Rasa sakit ini akan beralih ke hadapan sehingga pada bahagian bawah abdomen (rongga perut). Keadaan ini berlangsung dalam tempoh tertentu dan sakit makin bertambah setiap kali di serang kontraksi.
Wujud tanda2 atau petunjuk misalnye keluar mukus yg bercampur darah dari vagina. Keadaan ini berlaku di sebabkan mukus mulai memenuhi serviks. Pada tahap ini, bakal ibu di suruh berbaring tanpa di beri makan dan hanya sedikit minuman.Proses kelahiran di periksa dengan memerhatikan keadaan kepala bayi dan bukaan pada pintu rahim.Dalam masa yang sama, doktor atau bidan yang bertauliah akan memeriksa jantung janin dan di rekodkan selang sejam. Keadaan ibu juga di periksa.Paras air dalam badan,tekanan darah,tahap kesakitan akan di periksa dengan teliti. Sekali setiap jam,suhu badan,dengupan nadi ibu akan di rekodkan juga.
Kesakitan pada tahap pertama tidak teruk. Ia dinamakan sebagai fasa pendam.Anda masih boleh bersembang,membaca,menonton televisyen dan sebagainya.Keadaan ini boleh berlaku selama 8 hingga 9 jam. Apabila pengecutan menjadi semakin hebat, serviks akan bertukar menjadi pendek.
Proses manipis serviks ini di namakan sebagai efasmen serviks. Dalam keadaan ini serviks menjadi pendek,lembut dan menjadi satu saluran pendek yang di namakan serviks matang. Penekanan ke atas serviks ini memaksa saluran serviks terbuka. Situasi ini membuatkan kepala bayi turun ke bahagian pelvis. Namun, lapisan pundi ketuban masih lagi teguh. Apabila kesakitan semakin terasa,ia menandakan kesakitan ke tahap aktif.
Ketika ini, pengecutan rahim menjadi semakin kuat dan bertambah kerap. Serviks terus terbuka dan janin akan menurun. Bagi ibu yang pernah bersalin,jumlah bukaan berlaku dengan kadar bukaan 1sm sejam.Manakala, bagi wanita yang belum pernah bersalin akan membuka serviks 1.5 hingga 2sm sejam.
Ketika ini ibu akan merasa kemuncak sakit. Namun, ibu masih belum boleh meneran kerana serviks belum terbuka sepenuhnya. Jika ibu tidak dapat menahan sakit,boleh lakukan senaman menahan sakit. Selain itu, anda boleh meminta bius epidural untuk melegakan kesakitan bersalin,tp epidural amat tidak digalakkan kerana berkemungkinan masalah yang akn berlaku di kemudian hari.


Peringkat pertama kelahiran berakhir apabila serviks terbuka sepenuhnya. Ibu yang pernah bersalin sering mengalami air ketuban pecah terlebih dahulu kerana penipisan otot rahim. Sekiranya proses pembukaan serviks terhenti pada ukuran di bawah 6sm, ini menandakan serviks mengalami masalah untuk membuka sepenuhnya. Sekiranya serviks kelihatan edema atau lebam,ini adalah petanda buruk dan proses kelahiran alternatif akan di lakukan seperti dengan cara pembedahan.
Apabila memasuki peringkat kedua, bidan akan menyapu larutan antiseptik pada bahagian pubis,abdomen bawah,vulva,lubang vagina serta bahagian paha dan sekitarnya. Anda akan berasa sejuk sebaik sahaja antiseptik di sapu pada bahagian yang di sebut tadi. Hal ini kerana, antiseptik ini disimpan di dalam peti sejuk untuk menjamin keselamatan dan kebersihannya.

1. Kepala bayi mulai turun ke pintu rahim pada peringkat pertama kelahiran.
2. Tekanan kepala bayi pada rektum dan lantai pelvik mengaktifkan proses meneran kepada si ibu.
3. Sebahagian muka dan kepala mula kelihatan sedikit demi sedikit di ikuti bahagian bahu dan anggota lain akan mengikuti kemudian.
4. Plasenta atau uri akan dikeluarkan dan diperiksa. Bidan akan memastikan tiada sisa uri yang tertinggal dalam rahim ibu

2.Tahap Kedua

Peringkat kedua bermula apabila serviks terbuka sepenuhnya dan air ketuban keluar dengan banyak akibat pundi ketuban pecah.Doktor atau bidan akan memerhatikan pundi2 kencing anda supaya tidak mengembung dan boleh menghalang kepala janin dari turun.
Apabila proses pengeluaran janin sedang berlaku,inu perlu berada di posisi baring (mengikut pesisi yang di anggap sesuai) sambil meneran sekuat hati apabila kecutan rahim sampai ke kemuncaknya. Pada ketika ini kepala janin sudah berada pada tahap perinium dan bahagian dubur mulai mengembang. Tugak paling kritikat pada tahap kedua ini adalah mengelak perinium terkoyak.
Perinium
Pengoyakan perinium boleh dielak dengan mencegah kepala bayi keluar pada masa di antara pengecutan rahim. Jika terdapat sebarang tanda bahawa kepala bayi turun terlalu cepat, doktor akan menekannye dengan satu tangan sepaya dia tidak terkeluar serta merta. Sementara tangan sebelah lagi diletakkan di perinium untuk menolong pengeluaran verteks (puncak kepala anak) melalai saluran peranakan. Hal ini adalah untuk mengelakkan kelahiran normal dan membolehkan diameter kepala yg terkecil muncul melalui salur keluar.

3. Tahap Ketiga.

~Tujuan utama dalam peringkat ketiga kelahiran ialah untuk mengeluarkan uri dan selaput ketuban serta menghentikan pendarahan dan menjamin pengecutan dan penarikan balik rahim dengan sempurna.


~Tanda2 Uri Terasing
* Ibu berasa sakit apabila rahim mengecut dengan kuat kerana ruang rahim menjadi korong.
* Sedikit pendarahan pada faraj.
* Fundus (bahagian atas) rahim timbul atas pusat.
* Bahagian atas tulang simfisis pubis mengelembung.
Uri terasing dengan cepat. Lazimnya 2 hingga 5 minit selepas bayi lahir. Setelah uri terasing dengan lengkap dan terletak longgar di bawah rahim, doktor akan menggunakan sebelah tangan menolak rahim yang mengecut ke arah pusat. Manakala tangan satu lagi akan memegang tali pusat ke atas untuk meringankan berat uri yang keluar.
Tali pusat di dalam salur peranakan ditarik perlahan2 untuk mengeluarkannya.Jika selaput ketuban melekat atau tidak boleh menembusi rongga serviks, tali pusat akan di belit-belit seperti tali dan ditarik keluar secara perlahan2. Bahaya inversi serviks hanya berlaku jika proses penarikan di lakukan sebelum uri betul2 terasing dengan sepenuhnya pasa serviks. Sebaik sahaja uri di keluarkan,uri dan selaput ketuban akan di periksa untuk memastikan keadaan sempurna. Selepas kepala bayi keluar, 0.25mg ubat ergometrin di suntik untuk mendorong rahim mengecut selepas bayi lahir. Kemudian, diikuti dengan kedua-dua belah bahu dan seterusnya sehingga seluruh badan bayi keluar.


~Tali Pusat
Lazimnya ada beberapa pandangan pakar mengenai masa yang tepat untuk memotong tali pusat. Sesetengah doktor memotong tali pusat apabila denyutannya telah berhenti. Ada doktor yang menunggu sehingga darah beroksigen dipindahkan kepada bayi.
Namun,ada juga doktor yang memotong tali pusat sejurus sahaja bayi dikeluarkan. Tali pusat yang sudah di potong, diikat ketat2 di dua tempat yang berdekatan untuk mencegah pendarahan. Selepas dipotong,tunggulnya diperiksa supaya tidak berlaku sebarang kompilasi lain. WASSALAM


**ARTIKEL ini sekadar bacaan untuk menambahkan ilmu pengatahuan sahaja. Jika ada kesilapan harap di maafkan.**





~suke video nie..anak2 aku pon suke..jom layan..~



Tiada ulasan: