Khamis, 6 Oktober 2011

Senangnye Hati Bila....

~Artikel nie dah lama nak aku tulis..tp sikap 'M' yg agak besar membuatkan aku stop kejap..aku suke isi kandungan yg di tonjolkan dlm artikel ini..mayb sesetgh org kalo baca surat khabar mmg xbrape minat nak melayan artikel mcm nie kan..tambah2 kalo berkenanan nasihat kewangan..hehe..tp lain skit ngan aku..sbb artikel nie menyokong ape yg aku pertahankan selama nie..so tue sbb la kenapa sampai skang aku xde umah sendiri lg..sbb target aku akn di capai dalam mase 4 atau 5 taun lg..Insya-ALLAH~

~JOM BACA~

*Kedudukan Kewangan Yang Sihat*

Anda tidak boleh mencapai kedudukan kewangan yang sihat jika anda tidak merancang.

Bagaimana caranya untuk mengetahui jika anda mempunyai kewangan yang sihat atau tidak.Berikut adalah ciri-ciri yang boleh di jadikan sebagai panduan.

1. Kebolehan untuk hidup tanpa bergantung kepada hutang pengguna.
Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai hutang pengguna. K ebanyakkan mungkin mempunyai kad kredit (bukan satu,malah beberapa!!) dan sesetengahnya pula menanggung hutang yang tertunggak dari satu bulan ke satu bulan yang lain. Kereta yang di beli melalui sewa beli juga adalah satu jenis hutang.<--So pada kengkawan semua..kalo sebesar mana pon kereta yang anda pakai sekiranya ansuran bulanan still anda perlu bayar ianye ttp dikatakan kereta pinjam..jd berpada2 la bila membeli...jangan ikutkan nafsu saja..cuba lihat keperluan atau keinginan..itu sangat penting!!!. Hutang pengguna didefinasikan sebagai proses meinjam wang untuk sesuatu yang nilainya akan berkurangan selepas membelinya. Golongan muda yang baru bekerja akan menggunakan kemudahan hutang pengguna untuk membeli peralatan rumah yang baru atau kereta.Terdapat juga golongan pekerja yang bergantung kepada hutang untuk menyara hidup hingga akhir bulan kerana masalah kewangan. Oleh sebab terlalu bergantung kepda hutang pengguna mengakibatkan mereka menghadapi kegawatan kewangan.

2. Keupayaan memiliki rumah bebas hutang sebelum bersara. <----Ini lah impianku yg harus aku capai sebelum anak2 ke skolah menengah nanti!! harap2 semuanya akn terlaksana..Insya-ALLAH. ^_^
Anda hidup pada zaman yang berbeza daripada zaman nenek moyang anda. Begitu juga dengan cara untuk memiliki rumah adalah berbeza. Pada hari ini, dengan membayar 10 peratus sebagai wang pendahuluan (sesetengah tidak mengenakan pendahuluan langsung), anda sudah boleh memiliki rumah. Sepatutnya bayaran ansuran rumah habis di bayar semasa bersara,tetapi sekarang institusi kewangan mungkin akan memanjangkan tempoh pembayaran mungkin menyebabkan jumlah ansuran bulanan semakin rendah,tetapi ini juga bermakna anda tidak boleh bersara sehingga anda mencapai usia 75 tahun!!. <---Jadi solutionnye di sini..pastikan korang membeli rumah yang mampu korang bayar ansuran bulanannye tanpa amik intensif lain supaya anda mengurangkan kadar bayaran yang dah di tetapkan...sebab xsemua org boleh membina impian mcm aku tue..sebab xsemua org ada tanah pusaka kan..huhu.
Keadaan kewangan seseorang berada pada tahap optimum apabila ia tidak perlu lagi membayar hutang rumah semasa bersara. Pilihan lain ialah anda mempunyai dana yang boleh menjana pendapatan yang boleh membayar ansuran bulanan semasa bersara.Walau apapun caranya,anda dapat bersara tanpa hutang.

3. Keupayaan untuk menikmati persaraan yang terjamin dan dihormati.
Kajian menunjukkan kurang daripada 5 peratus individu yang mempunyai kebebasan kewangan semasa bersara. Sebahagian daripadanya akan mengalami keadaan kewangan yang mengecewakan! Oleh itu menabunglah duit sebanyak  boleh ketika anda boleh menjana pendapatan. Seperti kata pepatah "bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian!" <---Yang nie mmg aku stuju sgt2..so aku harap kawan2 aku nie belajar la menabung walaupon sedikit..kalo ade ank2 ajarkan pada ank2 jugak betapa tingginya nilai duit tue..tuk masa depan bg kita yg dah de ank2 nie..pastikan ibu bapa keluarkan sedikit wang untuk membeli insuran nyawa & pelajaran untuk ank2 demi masa depan mereka..almaklum la kita mane tau brape lama kita dok kat dunia nie kan..hehe..so BERINGATLAH!!!

~TO BE CONTINUE..~ ^_^

Tiada ulasan: