Khamis, 13 Oktober 2011

Senangnye Hati Bila....Part 2

~Assalamualaikum...~
*huhuhu agak bz di skolah skang nie..almaklum la ank2 buah nak hadapi final exam dah nie..so skang kiter sambung balik artikel pasal kewangan sebelum nie k..thanks jugak pada yang sudi membaca..wacth out yer!!! *

4. Keupayaan untuk memberi pelajaran anak-anak yang menjamin pekerjaan.
Anak-anak dan cucu-cucu anda memerlukan persediaan untuk mendapat pekerjaan yang akan menjamin masa hadapan mereka. Oleh itu, anda perlu melabur dengan memberikan pendidikan yang secukupnya kepada keluarga anda agar ia dapat memberikan pulangan yang baik pada masa hadapan. Graduan universiti boleh menjana pendapatan lebih daripada dua kali ganda pendapatan seumur hidup seorang lepasan SPM dan empat kali ganda pendapatan seumur hidup bagi mereka yang berhenti sekolah tanpa mempunyai sebarang kelulusan. Sebaik-baiknya anda telah menyediakan dana apabila kegunaanya diperlukan. Anda patut melatih anak-anak anda supaya mereka mampu memilih jalan yang boleh membawa kepada kehidupan yang baik. <------ Macam aku untuk anak2 aku dah pon sediakan simpanan tetap untuk diorg sejak dr kecik lg..malah mereka juga di lindungi insuran dan simpanan pelajarn pon berjalan seiring dgn life insuran tue..so harap korang pon buat cam aku nie yer..xpe kita bersusah demi anak2..sekurang2nye kalo ade pape terjadi kat kt anak2 kt dah terjamin mase depannye..insya-ALLAH..^_^


5. Keupayaan untuk membayar secara tunai barangan runcit.
Kehidupan seharian memerlukan perbelanjaan harian.Adalah penting bagi seseorang yang mempunyai kewangan yang baik membayar secara tunai untuk barangan yang diperlukan. Anda mungkin membayar barangan runcit dan barangan keperluan dengan kad kredit,tetapi pastikan anda membayar penuh pada setiap bulan. Jikalau tidak, kadar faedah yang dikenakan ke atas tunggakan baki kad kredit anda akan meningkatkan jumlah perbelanjaan anda. <---SAY NO TO CREADIT CARD!!!!


6. Keupayan untuk bertahan ketika menghadapi kecemasan.
Kebayankkan kegawatan kewangan bersifat jangka pendek. Keluarga yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mempunyai persediaan sekurang-kurangnya enam bulan perbelanjaan mereka daripada "dana kecemasan". Kehilangan pekerjaan, dibuang kerja atau diturunkan taraf kerja adalah sesuatu yang di luar jangkaan, dan ia tidak sepatutnya boleh menggugat kehidupan anda.
Sesebuah keluarga mungkin boleh ditimpa kemalangan,mala petaka semula jadi atau krisis kewangan yang teruk. Keluarga yang mempunyai keadaan kewangan yang sihat boleh mengharungi cabaran ini. <--- So better korang semua buat "SIMPANAN KECEMASAN" macam aku buat..ye la mane kita leh tau bencana ape yg menimpa kita kan..tp kalo boleh xnak ler dpt dugaan mcm tue kan..huhu nauzubillah..:)


7. Keupayaan untuk hidup sepenuhnya,termasuk percutian, rekreasi dan aktiviti keluarga.
Kehidupan akan terus berlalu sama ada anda mempunyai perancangan ataupun tidak. Oleh itu anda perlu berhati-hati menjalani kehidupan pada masa ini dan beringat-ingat untuk menjalani kehidupan yang akan datang. Orang yang mempunyai kedudukan kewangan yang sihat dapat mengimbangi pengalaman peluang masa kini sambil membuat persiapan untuk masa akan datang. Sesetengah orang berpendapat bahawa semua keluarga harus pergi bercuti setiap tahun.Percutian,rekreasi dan masa rehat adalah bergantung kepada kewangan yang sihat. <---So xsemestinya kita kene p bercuti tiap2 tahun yer..kalo nak p bercuti tue buat la plan kewangan awai2..hehe


~Artikel ini adalah diambil dari harian metro selasa 4 pktober 2011 yang mana artikel ini di sumbangkan dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).~

Tiada ulasan: